Friday 26 March 2010

Melatih Diri Untuk Bersih Hati Adalah Rahsia Kejajayaan Di Dunia & Akhirat

Di dunia ini bermacam-macam ragam manusia yang pernah kita temui antaranya adalah orang yang nak kaya atau nak berjaya di dalam hidup tetapi mereka tetap hidup biasa dan ada yang lebih teruk situasi mereka, hidup mereka bertambah susah dan penuh dengan "neraka"-keluh kesah, tension, sakit hati, busuk hati, dengki..... Antara sebabnya yang saya nak kongsi dengan anda untuk peringatan diri saya adalah seperti berikut, kesilapan yang saya pernah buat :-

1. Mereka tak khusyuk dalam solat (Mudah2an Allah swt bagi saya dan anda semua peningkatan dari aspek ini)

2. Mereka sibuk hal orang lain, masalah orang lain, kelemahan orang lain, kesilapan orang lain dan terlupa memperbaiki kesilapan diri sendiri atau kelemahan diri sendiri. Contoh seperti solat, apabila mereka solat, mereka ini sibuk perhatikan solat orang lain betul tak, bacaan mereka betul tak tetapi mereka tak perasaan yang mereka sendiri dah tak khusyuk

3. Mereka terlalu sibuk menyalahkan orang lain sehingga terlupa kesalahan diri sendiri.

4. Mereka sibuk mencipta fitnah tentang keburukan orang lain sehingga mereka lupa yang mereka sepatutnya fokus untuk memperbaiki keburukan diri sendiri

5. Mereka dengki dengan kejayaan orang lain dan berusaha apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain sedangkan mereka sepatutnya berusaha apa sahaja untuk memperbaiki kehidupan mereka sendiri.

Disini marilah kita bersama-sama belajar merawat hati dengan beberapa perkara yang boleh merawat hati kita.. kerana bila hati anda terawat, minda anda bersih, anda akan mempunyai getaran tarikan kekayaan, kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang amat kuat Insya-Allah ke dalam hidup anda.

Tidak ada manusia yang terlepas daripada ujian, bila Allah uji kita, bermakna Dia sayang kita dan Dia tahu yang kita Insya-Allah boleh handle ujian itu. Tidak ada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan, tetapi apa yang penting adalah mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut dan semakin kuat kita diuji, semakin kuat kita bergantung kepadaNya.. Bila kita tak ada duit, kita perlu ingat Dia, bila kita ada duit, lagi sangat kita perlu ingat Dia....

Cuba start konsisten untuk buat beberapa perkara ini:-
1. Sunat Taubat 2 rakaat (Sebelum tidur atau selepas solat isyak)
2. Sunat Dhuha 2-4 rakaat (Antara pukul 8am-11am)
3. Banyakkan istighfar (pagi dan malam)
4. Banyakkan selawat (pagi dan malam)
5. Bersangka dengan baik dengan orang lain.

Mudah-mudahan kita akan mendapat pimpinan, petunjuk, sokongan,bantuan dan keberkatan dari Nya...amin

Wednesday 6 January 2010

ALAM PERSEKOLAHAN

Alam persekolahan dah bermula...azwin dah masuk tahun 3, aiman..tahun 2 dan aishah pra sekolah...aishah paling excited sbb tahun nie dia sekolah sama dgn kakaknyer...sebelah petangnyer aishah sekolah agama tumpang atas kemahuannyer...harap2 dia ok...pada mulanyer cuak jugak takut dia penat tp cuba dulu..tak cuba tak tau..lagi pun sekolah agama hanya 3 hari so..lepas tu bolehlah diorang rest...

Azwin telah dilantik menjadi penolong ketua Darjah....ini kali kedua dia mendapat jawatan itu..harapan agar dia dapat menjalankan tugas dan lebih bertanggungjawab. Dengan jawatan itu dia telah dilantik oleh guru untuk sertai Kem Motivasi Kepimpinan pada 5/2/2010 di Kem Sg Udang..hati shila mula merasa gelisah..yalah skrg nie byk benda buruk berlaku ketika murid2 menjalankan aktiviti luar...berat rasanya nak sign form tu tp bila fikr balik kita sebagai ibubapa haruslah berfikiran positif dan sentiasa memberi semangat kepada anak2...semua perkara yg berlaku adalah ketentuan yang Esa...kita yg merancang tp tuhan yg menentukan...yg pasti kita sebagai ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memberi kata2 semangat kpd anak2 dlm apa juga perkara. Azwin sungguh excited nak menyertai kem motivasi..pada mulanya shila bercadang untuk memohon cuti untuk hantar azwin tp bersuara "mama takyah hantar awin...awin nak naik bas dgn kawan2..semua kawan2 awin nak bas" shila pun tersenyum..dlm hati berkata "dah besar rupanyer si azwin nie."

Semoga azwin, aiman & aishah dapat menempuh alam persekolahan dengan penuh semangat dan sentiasa berazam untuk menjadi yg terbaik.....Mama sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak2 mama..dan sentiasa memberikan didikan yg terbaik....

Tuesday 29 December 2009

Selamat Tinggal 2009.....

masa terlalu pantas berlalu..dalam menjalani hidup yang serba pantas tak sedar 2009 dah berakhir dan muncul pula tahun baru..2010...terdetik didalam hati apakah azam 2009 telah tercapai...ermmm..masih ada yg tidak tercapai...kalau tak tercapai kenalah carry forward ke 2010....hehe... Semoga tahun 2010 akan memberikan kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta..semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya..amin...Detik tahun baru ini juga dapat dirasai apabila 31/12/2009 adalah hari perkahwinan kami yang ke 10 thn...semoga perkahwinan kami kekal hingga keakhir hayat... Hujung tahun nie jadual penuh dgn aktiviti2 majlis kahwin dan bawa anak bercuti..tak jauh dekat2 jer...nak save budget..hehe..yalah maklum ler cuti sekolah takkan dok rumah jer..mesti ler dioarang boringkan....jom layan gambar2..hanya untuk kenangan meninggalkan tahun 2010...

Kenangan main bowling bersama keluarga.
Saat2 akhir diana menghabiskan cutinyer....





Aksi anak2 shila ketika majlis kahwin sepupu

Monday 28 December 2009

BERCUTI DI AFAMOSA

Dah lama tak tengok blog...bz sangat..dgn final exam...sepupu kahwin dan mcm2 lagilah..oklah tiba masanya nak update aktiviti....ok sepanjang cuti sekolah nie..shila sekeluarga tak pergi bawak anak jalan jauh2pun hanya sekadar bawa mereka ker afamosa, alor gajah....dekat jer...walaupun dekat tp menarik...aktiviti berjalan dari 9:30am hingga 11:00pm...aktiviti seharian memang ler penat tp yg penting kita enjoy.......

di depan A'famosa Water World

Aktiviti di Safari



Cowboy Town




tengok tu...sempat jer ambik gambar dgn Wahid (kebetulan ada shoot melodi)
tengok senyum siapa lebih menawan...hehe

Wednesday 21 October 2009

Majlis Menyambut Birthday Azwin ke 8 thn....

Seperti yang telah dijanjikan...alhamdulillah.. dapat juga shila mengadakan majlis menyambut Ulang Tahun Azwin yg ke 8...hari lahir 14/10..tp disebabkan pada hari tersebut adalah hari rabu iaitu waktu bekerja jadi majlis tersebut terpaksa postponed pada 17/10 (Sabtu).
Kek Birthday Azwin ni...Shila buat sendiri.....ok tak..



tengok tu..kecik2 dah pandai berposing.....

Thursday 1 October 2009

Jauh di Mata Dekat Di Hati

Ketika menyambut lebaran tahun ini...hati shila sayu terkenangkan adik yg jauh diperantauan...awal pg raya jam 5:00pg adikku telah menelefon ku utk mengucapkan selamat hari raya kpd ku dan mak....airmata mencurah2 bila dia memohon maaf..tp bagiku dialah yg byk berjasa pada keluarga...segala pergorbanan adik tidak terbalas oleh kami sekeluarga...kami sentiasa doakan kebahagiaan adik disamping kawan2...kami menunggu kepulangan adik pada raya haji tahun ini....Kak lok nak minta izin utk post gambar adik utk tatapan dan kenangan......
Melancong Di Egypt




Gambar ketika Mengerjakan Umrah

Monday 28 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009

Gelagat Anak2ku di Hari Raya dirumah Kak lin & Nadia








Di kesempatan ini akak ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Minnal Aidil Wal Faizin kepada semua . Shila dan keluarga ingin menyusun jari sepuluh memohon berbanyak-banyak maaf di atas segala kesilapan yang tidak disengajakan sama ada dari segi tutur kata dan gurau senda....